Video ini dirakam oleh saya sendiri di kaca televisyen, Iklan jenis ini dikenali sebagai iklan narrative. Bahawa kita tahu, iklan jenis ini adalah penceritaan di mana orang ketiga memainkan peranan untuk bercerita kepada khalayak dan iklan ini tidak pernah terjadi dalam situasi sebenar. Pada dasarnya, Iklan ini menerangkan tentang perkara yang akan berlaku sekiranya meneruskan perjalanan walaupun dalam keadaan mengantok semasa memandu. Sekirannya, pemamdu tersebut meneruskan perjalanan ini mungkin kemalangan akan terjadi. Tetapi dengan kesedaran pemamdu, perkara ini tidak berlaku kerana kasih sayang pada keluarga ada pada dirinya. Oleh itu, pemamdu tersebut berhenti seketika untuk berhenti berehat untuk mengambil sedikit minuman di kedai Mesra Petronas sebelum menyambung perjalanan kembali.
Tuesday, January 29, 2008
nyawaku..('',)

dalam hidup ini,kita pasti ada sesuatu benda yang kita terlalu syg, benda yang tidak boleh kita tinggal... bagiku,payung sangat bernilai,boleh dianggap cam nyawa..kalo tdk bawa 1hari,cam tdk lengkap je hidup..('',) dulu-dulu,tdk kisah pun tdk ada payung.. tapi sejak diterima masuk ke UUM ni,dh jadi cam keperluan pula.. Pergi mana-mana,payung pasti ada... Nk pergi kelas,perlu ada payung.. al-maklumlah jalan kaki..Nk pergi mkn,payung mesti ada.. panas ('',)
Bagiku payung cam harta terlalu mahal,terlalu penting.. sebabnya tanpa payung pasti tdk bermaya hidupku 1hari.. lagipun payung dapat menghalang kita daripada panas terik matahari ('',) mungkin sebab inilah,payung lebih bernilai daripada semua benda yang diriku ada buat masa ini..
Sunday, January 27, 2008
KepErluAnKU ('',)
Jam merupakan barangan yang penting pada saya yang mana boleh membentuk diri saya lebih berdisplin ekoran menepati masa dalam menjalankan sesuatu tugas atau ke kuliah. Pemilihan warna jam saya adalah bergantung mengikut kecantikan dan keunikan di mana saya lebih menyukai warna putih, yang mana boleh menampakkan kearah kebersihan dan kecantikan apabila memakainya.
Selain itu, saya juga turut menitikberatkan rekabentuk jam tersebut di mana saya lebih berminat rekabentuk berbentuk empat segi empat dan bersaiz serdahana. Hal ini kerana ia bersesuaian dengan tangan saya tang agak berisi. Dari segi harga pula saya agak berserdahana asalkan ia nampak cantik dan bersesuaian kepada saya apabila memakainya. Jam adalah amat penting dan berharga buat saya dan ia adalah emas bagi saya. Bahawa kita tahu, masa itu emas dan ia tidak akan kembali lagi apabila ia sudah berlalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)