Tuesday, March 25, 2008

USP ('',)

Pada masa kini produk Nivea (deodoran) begitu popular dikalangan remaja di mana produk ini mempunyai kelebihannya tersendiri. Kelebihan yang dimiliki produk ini yang membolehkan pengguna menggunakannya adalah salah satunya dapat mengekalkan keharuman tubuh badan sepanjag hari selama 24 jam. Oleh itu, pengguna tidak perlu risau lagi tentang ketidakselesaan bau tubuh badan apabila melakukan sesuatu perkerja seharian. Selain itu, pengguna akan selesa dan tidak perlu risau untuk bergaul dengan sesiapa, kerana kehadiran produk ini dapat mengharumkan tubuh badan mereka sepanjang hari.



USP (",)

Iklan di atas adalah merupakan poduk yang berjenama syampu Clear di mana merupakan jenama yang agak popular di kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini. Produk ini akan memberi kelebihan ataupun faedah kepada pengguna yang menggunakannya dari sagi penampilan rambut menjadi lebih hitam yang merupakan kegemaran pengguna. Selain itu, menjadikan rambut hitam yang lebih kemas dan tiada kelemumur, maka dengan penggunaan syampu Clear ini kelemumur takkan kembali. Hal ini, syampu Clear mempunyai kekuatannya sendiri untuk memujuk masyarakat untuk membeli produk tersebut di mana pengguna tidak akan mengalami masalah kelemumur lagi apabila menggunakan syampu Clear ini pada kehidupan seharian mereka.


Jenis Iklan ('',)



Perkhidmatan



Iklan ini adalah iklan yang menawarkan perkhidmatan mengakses internet oleh Telekom Malaysia. TM Streamyx merupakan perkhidmatan jalurlebar yang membolehkan pengguna melayari internet dengan capaian yang lebih laju berbanding 'dial-up'. Menerusi perkhidmatan yang ditawarkan,pihak pengiklan cuba mensasarkan iklan ini kepada khalayak sasaran mengikut kelas sosial. Pengiklan cuba mensasarkan iklan ini kepada golongan yang berpendidikan. Hal ini kerana,golongan ini pada kebiasaannya lebih banyak menggunakan kemudahan mengakses internet untuk mencari maklumat-maklumat yang diperlukan. Selain daripada itu juga,iklan ini menfokuskan kepada golongan yang berkerjaya. Ini mungkin disebabkan,internet menjadi salah satu keperluan dalam sesuatu pekerjaan pada hari ini. Dalam pada itu,perkhidmatan Streamyx difokuskan kepada golongan yang berpendapatan sederhana. Golongan ini menjadi sasaran kerana dengan pendapatan yang sederhana,mereka mampu menggunakan kemudahan ini untuk mengakses internet.

Produk

Iklan ini adalah sebuah iklan syampu berjenama Sunsilk.Menerusi iklan ini,pihak pengiklan telah menggunakan wanita sebagai model bagi menarik perhatian khalayak untuk membeli dan mencuba produk ini. Hal ini kerana,pengiklan cuba mensasarkan produk ini kepada golongan wanita terutamanya kerana rambut adalah mahkota bagi seorang perempuan. Di sini,kita dapat simpulkan bahawa pengiklan menggunakan ciri demografi iaitu jantina sebagai cara untuk menentukan khalayak sasaran.
Selain itu juga,pengiklan juga menggunakan ciri psychographic iaitu gaya hidup kerana kebanyakkan wanita pada hari ini begitu mementingkan penjagaan rambut berbanding wanita-wanita pada zaman dahulu. Maka dengan ini,Sunsilk cuba mensasarkan produk ini kepada golongan wanita-wanita yang sentisa ingin tampil cantik dalam menjaga penampilan diri seharian.

Point of view





Iklan ini adalah berbentuk iklan advokasi yang sememangnya bukan periklanan memperkenalkan sesuatu produk. Iklan ini dikeluarkan oleh Syarikat Petronas Malaysia di mana menceritakan tentang Hari Kebangsaan. Dalam iklan ini menceritakan tentang dua orang kawan baik yang sememangnya berkawan dari kecil sehingga dewasa yang berbangsa India dan Melayu. Mereka hidup bersama sehingga mereka berkeluarga dan tiba-tiba salah faham beralaku diantara mereka dan menyebabkan mereka berpisah. Beberapa tahun kemudian kawan bebangsa india tersebut meninggal dan kawannya ini begitu sedih kerana tidak sempat berjumpanya sebelum meninggal. Dalam konteks ini yang ingin cuba disampaikan adalah persahabatan adalah penting dan tidak mengira bangsa.

piliHAN iKLAn

IKLAN PERKHIDMATAN


Iklan ini menerangkan tentang ikalan perhidmatan yang disediakan oleh syarikat penerbangan Air Asia. Dalam konteks ini, Air Asia adalah merupakan salah satu syarikat penerbangan yang menyediakan tiket atau perkhidmtan yang paling murah. Penerbangan tambang murah ialah satu konsep yang agak baru dalam perkhidmatan kapal terbang. Tujuan utama ialah kos tambang yang murah. Satu ketika dahulu kapal terbang dianggap sebagai gaya hidup mewah dan tentunya golongan elit sahaja yang mampu menaikinya, kini semua orang boleh merasanya. Dan, kini dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Oleh itu, khalayak sasaran yang difokuskan adalah ciri demografi dari segi pendapatan. Hal ini kerana, masyarakat mampu untuk menikmati pernerbangan walaupun berpendapatan rendah di mana perkhidmatan pernerbangan yang disediakan adalah murah berbanding dengan syarikat penerbangan yang lain. Bahawa kita ketahui, Air Asia menggunakan tredmark "Now Everyone Can Fly". Selain itu, syarikat penerbangan ini turut menyasarkan kolompok keluarga untuk meninkmati perkhidmatan yang disediakan ini. Bahawa kita maklum, sesetengah keluarga lebih suka menggunakan pekhidmatan kapal terbang sebagai pengkutan mereka untuk pergi bercuti dalam dan luar negara.

PRODUK

Iklan ini menerangkan tentang iklan produk Safi Balqis, yang sememangnya digemari oleh kaum wanita pada hari ini. SAFI BALQIS UV White Q10 Plus E, adalah rangkaian Sistem Produk Penjagaan Kulit yang selamat dan suci serta lembut pada muka dan badan. Ianya kini diperbaharui dengan 3 langkah formulasi inovatif, yang akan memberi kesan untuk Mencerah (dengan Ekstrak Likuoris dan Vitamin C), Melindungi (dengan Kompleks UV dan SPF 15) dan Menganjalkan (dengan Kompleks Co-enzim Q10 dan Vitamin E) kulit dalam masa 4 – 6 minggu.Dalam iklan yang disiarkan di atas tiga remaja menjadi model hiasan yang menggunakan Safi Balqis. Dalam periklanan ini, khalayak sasaran yang ingin disasarkan oleh syarikat pengeluar adalah ciri demografi iaitu dari segi umur (15 tahun hingga 23 tahun dan 24 tahun hingga 40 tahun). Dalam konteks ini, produk ini lebih tertumpu pada golongan remaja dan golongan dewasa di mana pada umur ini golongan ini terlalu menjaga kecantikan kulit untuk melihat lebih menarik dan cantik. Dengan ini juga, produk ini lebih berfokus kepada ciri psychographic iaitu gaya hidup dalam kehidupan masyarakat dan bahawa kita tahu, kecantikan dan kejelitaan rupa paras merupakan salah satu gaya hidup kaum wanita untuk melihat lebih menarik, cantik dan menawan pada pandangan masyarakat sekeliling.

POINT OF VIEW




Iklan di atas telah dirakam oleh saya sendiri di mana iklan merupakan iklan advokasi yang lebih berfokus kepada tangjungjawab sosial. Iklan ini telah diterbitkan oleh JKR di mana menceritakan tentang keselamtan jalan raya. Dalam konteks ini dua kanak-kanak melakonkan aksi memotong barisan semasa bermain bersama-sama dengan kawannya dan salah seorangnya telah memarahi dua orang kawannya ini kerana memotong barisan kawan-kawannya yang sedang bermain. Maksud yang hendak disampaikan adalah kanak-kanak sekarang juga tahu undang-undang jalan raya di mana tidak boleh memotong barisan ketika memandu. Dengan ini, iklan ini sedikit sebanyak menyedarkan para pemendu yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga. Oleh itu, pemamdu-pemandu kenderaan perlulah memandu mengikut peraturan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan supaya dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas dan kemalangan ngeri berlaku.

MeaNINGs(",)

TRACKBACK
A Trackback is one of three types of Linkbacks, methods for Web authors to request notification when somebody links to one of their documents. This enables authors to keep track of who is linking, and so referring, to their articles. Some weblog software programs, such as Wordpress, Movable Type, Typo and Community Server, support automatic pingbacks where all the links in a published article can be pinged when the article is published.
DIGG
Digg is a community-based news article popularity website. It combines social bookmarking, blogging, and syndication with a form of non-hierarchical, democratic editorial control. News stories and websites are submitted by users, and then promoted to the front page through a user-based ranking system. This differs from the hierarchical editorial system that many other news sites employ.
TAG
A tag is a (relevant) keyword or term associated with or assigned to a piece of information (a picture, a geographic map, a blog entry, a video clip etc), thus describing the item and enabling keyword-based classification and search of information.Tags are usually chosen informally and personally by item author or creator or by its consumer or viewersor community. Tags are typically used for resources such as computer files, web pages, digital images, and internet bookmarks.
TYPELIST
A TypeList, being a list of links, is set as a specific type when it is created which can't be changed later. There are five types of TypeLists and each type has a different function. A TypeList can be used to display different types of items, like books or music, or a group of people.
BLOGROLL
A blogroll is a listing of websites that often appear as links on weblogs. This list of links is used to relate the site owner's interest in or affiliation with other webloggers.
MASHUP
Mashup is a web application that combines data from more than one source into a single integrated tool; an example is the use of cartographic data from Google Maps to add location information to real-estate data from Craigslist, thereby creating a new and distinct web service that was not originally provided by either source. Mashup originally referred to the practice in pop music (notably hip-hop) of producing a new song by mixing two or more existing pieces.
DELICIOUS
Delicious is a social bookmarking web service for storing, sharing, and discovering web bookmarks. The site was founded by Joshua Schachter in late 2003 and acquired by Yahoo in 2005. It has more than three million users and 100 million bookmarked URLs.
SOCIAL MEDIA
Social media is an umbrella term that defines the various activities that integrate technology, social interaction, and the construction of words and pictures. This interaction, and the manner in which information is presented, depends on the varied perspectives and "building" of shared meaning, as people share their stories, and understandings.
SOCIAL BOOKMARKING
Social bookmarking is a method for Internet users to store, organize, search, and manage bookmarks of web pages on the Internet with the help of metadata. In a social bookmarking system, users save links to web pages that they want to remember and/or share. These bookmarks are usually public, and can be saved privately, shared only with specified people or groups, shared only inside certain networks, or another combination of public and private domains.
SMO
Social media optimization (SMO) is a set of methods for generating publicity through social media, online communities and community websites. Methods of SMO include adding RSS feeds, adding a "Digg This" button, blogging and incorporating third party community functionalities like Flickr photo slides and galleries or YouTube videos. Social media optimization is a form of search engine marketing.

Meaning ('',)

Definition :

Viral Marketing
Viral Marketing is an any technique that induces Websites or Web users to pass on a message to other sites or users,creating a potentially,exponential growth in the message visibility and effects
Buzz Marketing
Buzz Marketing is a method of marketing associated with people telling other people about a company's product and service.
Vblog
Vblog is a blog that includes video.Regular entries are typically presented in reverse chronological order and often combine embedded video or a video link with supporting text and images.
Podcasting
Podcasting is preparation and distribution of audio files using Really Simple Syndication (RSS) to the computers of subscribed users. These files may then be uploaded to digital music or multimedia players like the iPod.
Contentcasting
Contentcasting is set to be the new standard, enabled by RSS and a growing number of online users that are finding the only way to keep up with all the news and information they care about is to subscribe to feeds and access it that way.
WOMM
WOMM is Word of Mouth. Also known as Buzz Marketing and Viral Marketing. Its refer to the marketing that can be gained by actively engaging customers to share insights with each other.
Widget
Widget is a small application that can be ported to and run on different web pages by a simple modification of the web page's HTML. Widgets can be anything from voting polls to games to advertisements.
Bliget
Bliget is a list of your favourite items on a blog.
Chicklet
Chicklet is a feed button that normally contains a feed reader logo and has a specific blog or feed information attached to it. It is coded to easily allows users to subscribed to a feed.
Buzztracker
Buzztracker is which uses a combination of editorial selection and complex algorithms to aggregate content from all over the Web, allowing users to delve deeply into specific topics. Using its own technology, Buzztracker creates “custom content feeds automatically that aggregate news, blogs, reviews, discussions, video and audio.

Friday, March 21, 2008

Map ('',)

Rajah di atas menunjukkan perbandingan harga dan juga rasa bagi susu tepung yang terdapat dalam pasaran pada masa kini. Dua aspek ini selalunya menjadi ukuran kepada para pengguna untuk membeli barangan tersebut.

Saturday, March 15, 2008

Banner AD



Sila klik di atas

Banner ini telah diiklankan di dalam Eats Emedia di mana memperkenalkan tentang promosi 300 buah resturan dan hotel, salah satunya adalah The Legend Hotel Kuala Lumpur. Penggunaan warna yang digunakan adalah menarik kerana lebih terang dan jelas. Manakala dari segi tulisan yang digunakan juga adalah menarik kerana menggunakan tulisan (perkataan) yang bergerak. Banner yang diwujudkan oleh organisasi ini adalah tidak kaku tetapi bergerak untuk mendapatkan perhatian pembaca supaya tidak bosan apabila membacanya. Selain itu juga Banner ini menunjukkan kelazatan makanan yang akan disediakan kepada pelanggan dan ini juga turut menarik perhatian emosi pembaca.

MAP


Rajah di atas menunjukkan perbandingan Kualiti dan Harga ubat gigi yang berada di pasaran masa kini. Jenama produk tersebut seperti Colgate, Darlie, Zaiton, Safi dan Mukmin. Pada dasarnya, pengguna akan membeli sesuatu produk mengikut kualiti sesuatu produk tersebut dan juga harga.

Thursday, March 13, 2008

Banner AD ('',)


Banner ini telah diiklankan dalam web Mingguan Wanita Online. Tujuan utama banner ini diiklankan dalam web ini berkemungkinan untuk menarik perhatian pengguna-pengguna internet untuk melihat banner yang dipaparkan di samping mempromosikan Tiara Beach Resort sebagai salah satu tempat percutian yang terdapat di Malaysia. Ia bertujuan untuk menarik perhatian khalayak sasaran terutamanya keluarga untuk memilih Tiara Beach Resort sebagai tempat percutian untuk sesisi keluarga.
Banner yang dipaparkan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri di mana cara rekaletak gambar dan teks sudah mampu untuk menarik perhatian khalayak untuk melihat banner ini. Teks yang terdapat dalam banner ini adalah berbentuk animasi dan jelas serta ayat yang digunakan ringkas dan padat. Selain itu, penggunaan warna dalam banner ini menarik iaitu kuning. Maka dengan ini, banner ini sudah cukup menerangkan tentang keseronokkan dan kedamaian yang akan diperolehi oleh mereka yang memilih Tiara Beach Resort sebagai tempat percutian.

Double A Paper ('',)

Video ini berbentuk autobiography. Iklan ini dikatakan berbentuk autobiography kerana iklan ini secara terang-terangan menunjukkan jenama produk yang ingin diiklankan tanpa memerlukan orang untuk menyatakan iklan apa yang ingin disampaikan. Menerusi iklan ini,pengiklan cuba menekankan tentang kualiti kertas Double A Paper yang mana apabila pengguna memilih produk tersebut sebagai kertas untuk fotokopi,ianya mampu memberikan gambar dan teks yang jelas tanpa ada kekurangan. Maka dengan ini,pengiklan cuba memberikan jaminan terbaik kertas Double A Paper di samping menjanjikan kualiti yang bagus.

Tuesday, March 11, 2008

Julie Gongs ('',)

' Julie Gongs ' merupakan salah satu jenama bagi keluaran produk makanan berbentuk bijirin. Produk ini selalunya sinonim untuk pemakanan kanak-kanak. Hal ini kerana, produk ini amat sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak yang sedang membesar disebabkan khasiat yang ada di dalamnya amat baik untuk kecerdasan otak dan juga minda. Namun begitu, sebenarnya produk ini sesuai untuk semua peringkat umur yang ada dalam masyarakat kini. Ini disebabkan, makanan seperti ini tidak terhad untuk golongan kanak-kanak sahaja kerana ia boleh dimakan oleh sesiapa sahaja yang mengemarinya tidak kira golongan muda ataupun tua.

Friday, February 15, 2008

prOdUk


Losyen mustajab ini sememangnya dikeluarkan atau digunakan untuk golongan wanita. Kegunaan utamanya adalah untuk mengempiskan perut. Kegunaan lain seperti untuk urutan di seluruh badan dengan memecahkan dan membuang angin dalam badan, mengatasi masalah selulit, sesuai untuk penyakit angin Ahmar dan masalah kembung perut, sakit pinggang,belakang, sengal-sengal otot dan sendi. Dengan ini, tidak salah sekirannya produk ini dikeluarkan untuk golongan lelaki. Bahawa kita tahu, golongan lelaki juga akan mengalami maslah perut buncit terutama sekali selepas kawin. Oleh itu, produk ini sesuai digunakan untuk mengurangkan kebuncitan perut pada golongan lelaki. Losyen mustajab ini dihasilkan daripada pati halia di mana dapat menghancurkan lemak-lemak yang telah lama terkumpul di kawasan perut. Kaum lelaki yang berumur 26 hingga 50 tahun patut menggunakannya kerana mereka ini sedang mengalami kebuncitan perut (",). Ia produk yang tidak berminyak dan mudah menyerap.

Tuesday, January 29, 2008

iKlan PetRONAS

Video ini dirakam oleh saya sendiri di kaca televisyen, Iklan jenis ini dikenali sebagai iklan narrative. Bahawa kita tahu, iklan jenis ini adalah penceritaan di mana orang ketiga memainkan peranan untuk bercerita kepada khalayak dan iklan ini tidak pernah terjadi dalam situasi sebenar. Pada dasarnya, Iklan ini menerangkan tentang perkara yang akan berlaku sekiranya meneruskan perjalanan walaupun dalam keadaan mengantok semasa memandu. Sekirannya, pemamdu tersebut meneruskan perjalanan ini mungkin kemalangan akan terjadi. Tetapi dengan kesedaran pemamdu, perkara ini tidak berlaku kerana kasih sayang pada keluarga ada pada dirinya. Oleh itu, pemamdu tersebut berhenti seketika untuk berhenti berehat untuk mengambil sedikit minuman di kedai Mesra Petronas sebelum menyambung perjalanan kembali.

nyawaku..('',)


dalam hidup ini,kita pasti ada sesuatu benda yang kita terlalu syg, benda yang tidak boleh kita tinggal... bagiku,payung sangat bernilai,boleh dianggap cam nyawa..kalo tdk bawa 1hari,cam tdk lengkap je hidup..('',) dulu-dulu,tdk kisah pun tdk ada payung.. tapi sejak diterima masuk ke UUM ni,dh jadi cam keperluan pula.. Pergi mana-mana,payung pasti ada... Nk pergi kelas,perlu ada payung.. al-maklumlah jalan kaki..Nk pergi mkn,payung mesti ada.. panas ('',)
Bagiku payung cam harta terlalu mahal,terlalu penting.. sebabnya tanpa payung pasti tdk bermaya hidupku 1hari.. lagipun payung dapat menghalang kita daripada panas terik matahari ('',) mungkin sebab inilah,payung lebih bernilai daripada semua benda yang diriku ada buat masa ini..

Sunday, January 27, 2008

KepErluAnKU ('',)


Jam merupakan barangan yang penting pada saya yang mana boleh membentuk diri saya lebih berdisplin ekoran menepati masa dalam menjalankan sesuatu tugas atau ke kuliah. Pemilihan warna jam saya adalah bergantung mengikut kecantikan dan keunikan di mana saya lebih menyukai warna putih, yang mana boleh menampakkan kearah kebersihan dan kecantikan apabila memakainya.
Selain itu, saya juga turut menitikberatkan rekabentuk jam tersebut di mana saya lebih berminat rekabentuk berbentuk empat segi empat dan bersaiz serdahana. Hal ini kerana ia bersesuaian dengan tangan saya tang agak berisi. Dari segi harga pula saya agak berserdahana asalkan ia nampak cantik dan bersesuaian kepada saya apabila memakainya. Jam adalah amat penting dan berharga buat saya dan ia adalah emas bagi saya. Bahawa kita tahu, masa itu emas dan ia tidak akan kembali lagi apabila ia sudah berlalu.