Iklan ini menerangkan tentang ikalan perhidmatan yang disediakan oleh syarikat penerbangan Air Asia. Dalam konteks ini, Air Asia adalah merupakan salah satu syarikat penerbangan yang menyediakan tiket atau perkhidmtan yang paling murah. Penerbangan tambang murah ialah satu konsep yang agak baru dalam perkhidmatan kapal terbang. Tujuan utama ialah kos tambang yang murah. Satu ketika dahulu kapal terbang dianggap sebagai gaya hidup mewah dan tentunya golongan elit sahaja yang mampu menaikinya, kini semua orang boleh merasanya. Dan, kini dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Oleh itu, khalayak sasaran yang difokuskan adalah ciri demografi dari segi pendapatan. Hal ini kerana, masyarakat mampu untuk menikmati pernerbangan walaupun berpendapatan rendah di mana perkhidmatan pernerbangan yang disediakan adalah murah berbanding dengan syarikat penerbangan yang lain. Bahawa kita ketahui, Air Asia menggunakan tredmark "Now Everyone Can Fly". Selain itu, syarikat penerbangan ini turut menyasarkan kolompok keluarga untuk meninkmati perkhidmatan yang disediakan ini. Bahawa kita maklum, sesetengah keluarga lebih suka menggunakan pekhidmatan kapal terbang sebagai pengkutan mereka untuk pergi bercuti dalam dan luar negara.
PRODUK

POINT OF VIEW
Iklan di atas telah dirakam oleh saya sendiri di mana iklan merupakan iklan advokasi yang lebih berfokus kepada tangjungjawab sosial. Iklan ini telah diterbitkan oleh JKR di mana menceritakan tentang keselamtan jalan raya. Dalam konteks ini dua kanak-kanak melakonkan aksi memotong barisan semasa bermain bersama-sama dengan kawannya dan salah seorangnya telah memarahi dua orang kawannya ini kerana memotong barisan kawan-kawannya yang sedang bermain. Maksud yang hendak disampaikan adalah kanak-kanak sekarang juga tahu undang-undang jalan raya di mana tidak boleh memotong barisan ketika memandu. Dengan ini, iklan ini sedikit sebanyak menyedarkan para pemendu yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga. Oleh itu, pemamdu-pemandu kenderaan perlulah memandu mengikut peraturan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan supaya dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas dan kemalangan ngeri berlaku.
No comments:
Post a Comment