Perkhidmatan

Iklan ini adalah iklan yang menawarkan perkhidmatan mengakses internet oleh Telekom Malaysia. TM Streamyx merupakan perkhidmatan jalurlebar yang membolehkan pengguna melayari internet dengan capaian yang lebih laju berbanding 'dial-up'. Menerusi perkhidmatan yang ditawarkan,pihak pengiklan cuba mensasarkan iklan ini kepada khalayak sasaran mengikut kelas sosial. Pengiklan cuba mensasarkan iklan ini kepada golongan yang berpendidikan. Hal ini kerana,golongan ini pada kebiasaannya lebih banyak menggunakan kemudahan mengakses internet untuk mencari maklumat-maklumat yang diperlukan. Selain daripada itu juga,iklan ini menfokuskan kepada golongan yang berkerjaya. Ini mungkin disebabkan,internet menjadi salah satu keperluan dalam sesuatu pekerjaan pada hari ini. Dalam pada itu,perkhidmatan Streamyx difokuskan kepada golongan yang berpendapatan sederhana. Golongan ini menjadi sasaran kerana dengan pendapatan yang sederhana,mereka mampu menggunakan kemudahan ini untuk mengakses internet.
Produk
Iklan ini adalah sebuah iklan syampu berjenama Sunsilk.Menerusi iklan ini,pihak pengiklan telah menggunakan wanita sebagai model bagi menarik perhatian khalayak untuk membeli dan mencuba produk ini. Hal ini kerana,pengiklan cuba mensasarkan produk ini kepada golongan wanita terutamanya kerana rambut adalah mahkota bagi seorang perempuan. Di sini,kita dapat simpulkan bahawa pengiklan menggunakan ciri demografi iaitu jantina sebagai cara untuk menentukan khalayak sasaran.
Selain itu juga,pengiklan juga menggunakan ciri psychographic iaitu gaya hidup kerana kebanyakkan wanita pada hari ini begitu mementingkan penjagaan rambut berbanding wanita-wanita pada zaman dahulu. Maka dengan ini,Sunsilk cuba mensasarkan produk ini kepada golongan wanita-wanita yang sentisa ingin tampil cantik dalam menjaga penampilan diri seharian.
Point of view
No comments:
Post a Comment