Banner ini telah diiklankan dalam web Mingguan Wanita Online. Tujuan utama banner ini diiklankan dalam web ini berkemungkinan untuk menarik perhatian pengguna-pengguna internet untuk melihat banner yang dipaparkan di samping mempromosikan Tiara Beach Resort sebagai salah satu tempat percutian yang terdapat di Malaysia. Ia bertujuan untuk menarik perhatian khalayak sasaran terutamanya keluarga untuk memilih Tiara Beach Resort sebagai tempat percutian untuk sesisi keluarga.
Banner yang dipaparkan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri di mana cara rekaletak gambar dan teks sudah mampu untuk menarik perhatian khalayak untuk melihat banner ini. Teks yang terdapat dalam banner ini adalah berbentuk animasi dan jelas serta ayat yang digunakan ringkas dan padat. Selain itu, penggunaan warna dalam banner ini menarik iaitu kuning. Maka dengan ini, banner ini sudah cukup menerangkan tentang keseronokkan dan kedamaian yang akan diperolehi oleh mereka yang memilih Tiara Beach Resort sebagai tempat percutian.
No comments:
Post a Comment